Bidang Muzik Ebby_Saiful

Apabila berusia 19 tahun, beliau bersama rakan-rakan seusia menubuhkan kumpulan The Beez kemudian dikenali New Breed. Mereka bermain muzik di Hotel Merlin selama tujuh tahun mulai 1978. Bakatnya sebagai pemuzik bukan sahaja menjadi sumber rezeki Ebby, malah ia memberi peluang kepada Ebby menjadi artis rakaman apabila dia muncul dengan dua album dibawah syarikat rakaman SRC iaitu Pahlawan Cangkul (1980) dan Untuk Anita (1983). Kemudian Ebby muncul dengan album ketiganya Kisah Cinta. Album tersebut yang mengandungi lagu hits Bila Bunga Berguguran diterbitkan dibawah syarikat Polygram pada tahun 1986.


Selain berlakon, Ebby juga berbakat mencipta lagu. Ini terbukti kesemua lagu untuk filem Marah-Marah Sayang dicipta olehnya.Bukan itu sahaja, malah lagu ciptaannya Bunga-Bunga Berguguran yang pernah mencipta populariti aktres yang juga penyanyi Fauziah Ahmad Daud dalam filem Suara Kekasih. Selain mencipta lagu untuk filem, Ebby juga turut mencipta lagu untuk penyanyi lain antaranya, Flora Santos dengan lagu Melodi Kasih. Ebby juga sering mencipta lagu tema untuk drama arahannya antaranya Dengan Nama Tuhan untuk drama Antoganis.